BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Jumaat, 14 Ogos 2009

Minggu Kemerdekaan IPGM KBA..

Terdapat pelbagai aktiviti yang telah dirancang sepanjang minggu yang bakal dilangsungkan bermula isnin ini. Gunakanlah segala kesempatan untuk menyertai aktiviti yang dianjurkan terutama yang bersifat fizikal bagi menggantikan aktiviti yang bakal terhenti bermula ramadhan ini. Harapan semoga ramadhan yang bakal menjelma tidak akan dijdikan alasan kekosongon padang yang pada setiap tahun begitulah kesudahannya. Salam Kemerdekaan dan Ramadhan buat semua.

Isnin, 27 Julai 2009

Kewajaran Mengeluarkan Pelajar Tahun 4 daripada Hostel.. Wajarkah??

Sesuatu yang seharusnya diambil perhatian kebelakangan ini bukanlah virus ataupun wabak, tetapi masalah kekurangan penginapan di pantai puru. Apakah solusi terbaik? Didatangkan satu khabar angin berkenaan kemungkinan pengeluaran pelajar tahun 4 daripada asrama pantai puri yang bakal dimulakan tahun hadapan. Timbul tanda tanya,tiadakah jalan putus terbaik yang mampu dicetuskan yang bisa menenangkan hati kaum pertama produk IPGM ini? Bisa bertambahkah jumlah kekosongan? Atau ini semua hanyalah suatu gimik? Sebelum terkena, bisa hamba menyelia.. Salam.

Ahad, 19 Julai 2009

Pemimpin Era Kemodenan..(bah. 1)


· Fox News TV (Amerika Syarikat) di dalam temuramahnya bertanya kepada Presiden Iran, Dr Mahmoud Ahmadinejad “Apabila anda melihat ke cermin setiap pagi, apa yang anda perkatakan kepada diri sendiri ?” Beliau menjawab : Saya melihat kepada insan yang berada dalam cermin tersebut dan berkata kepadanya, “Ingatlah, anda adalah tidak lebih daripada seorang hamba yang lemah, menanti di hadapan anda hari ini adalah sebuah tanggungjawab yang amat berat dan ianya adalah berkhidmat kepada negara dan rakyat Iran.

Ahmadinejad, Presiden Iran yang mengejutkan ramai sewaktu mula-mula tiba di pejabat Presiden apabila beliau mendermakan segala permaidani Iran yang berharga kepada sebuah masjid di Tehran dan menggantikannya dengan permaidani murah yang biasa.

Beliau mendapati bahawa terdapat sebuah bilik istirahat yang besar lagi mewah yang berfungsi untuk menerima dan menyambut kehadiran tetamu VIP, lalu beliau telah mengarahkan agar bilik itu ditutup dan meminta pejabat protokol untuk menyediakan sebuah bilik lain yang sederhana serta hanya dilengkapi dengan kerusi-kerusi kayu.

Beliau juga telah banyak kali turut bersama-sama dengan pekerja-pekerja majlis perbandaran untuk membersihkan jalan-jalan yang berada di sekitar kawasan rumah serta pejabatnya.

Isnin, 13 Julai 2009

Minggu pengurusan pelajar PISMP 2009.

Secara total, simulasi untuk mendekatkan pelajar baru dengan situasi sebenar IPGM perlu dicorak semula. Ada di antara pendekatan lama, ternyata telah basi bagi generasi baru ini. Penambahbaikan bagi aspek kesalarasan dalam arahan yang diberikan bagi urusan pengurusan oleh unit-unit yang terlibat perlu dikuatkan bagi mengelakkan eksploitasi dengan memberikan alasan ketidakseragaman dalam arahan yang diterima berlaku lagi. Sebagai warga yang bertanggungjawab, keseluruhan kejayaan minggu ini adalah peranan semua.

Sabtu, 11 Julai 2009

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat teman..

Terlebih dahulu, salam perpaduan buat semua. Intipati yang bakal ada dan dibincangkan dalam blog ini adalah suatu titik tolak dalam pembentukan sebuah model IPGM yang berpasak dan berakar umbi kepada perpaduan pelajar. Hal-hal mengenai kebajikan pelajar dan toleransi pentadbiran khasnya, adalah skop perbincangan yang bakal diketengahkan dalam blog ringkas ini. Harapan terhadap pembinaan blog ini adalah tinggi, dan keseluruhan maklum balas bakal menerima suntikan usaha yang tidak berbelah bagi untuk perhatian medium pilihan anda, MPP. Semoga segala yang dibincangkan adalah demi kepentingan kita semua di IPGM KBA ini. Sila berikan cadangan dan penambahbaikan yang relevan untuk diketengahkan ke pentadbiran dan diperjuangkan. Akhir kata, semoga slogan satu Malaysia boleh dijadikan slogan kita semua, dan tidak keterlaluan untuk diterima slogan kita, 'Satu IPGM KBA'.

Salam perkenalan